Monday, May 17, 2010

Dan Bila Esok..

Note: Penggunaan aku lebih sesuai dalam sesi rungutan/luahan kali ini. harap maklum


Dalam banyak banyak tahun aku hidup, tahun 2010 ni lah merupakan tahun paling sukar untuk aku. Tahun yang lebih rumit dan lebih banyak air mata aku keluarkan. Baru 5 bulan beb. Tak sampai setengah tahun. Tapi macam dah tak tertanggung rasa sukarnya hidup aku.


Bukan niat tidak bersyukur sampaikan lupa ada lagi manusia yang lebih sukar dugaan hidupnya. Tapi sebagai manusia yang sangatlah manja, keras kepala dan panas baran seperti aku untuk menempuhi dugaan yang diberikan ini buat kadang kadang aku hilang sabar dan pertimbangan.


Sampai waktu ini abah tidak menunjukkan tanda tanda akan cepat sembuh seperti sediakala. Dia seperti orang yang pasrah dengan takdir itu. Bertahun tahun dia melawan sakitnya, sekarang jika melihat riak muka abah, aku tahu yang dia tidak mampu. Mungkin kerana terlalu mengikutkan badan atau sememangnya dia telah letih.


Kehidupan aku seharian agak kompleks berbanding dulu. Akan bangun lebih awal untuk memasak bubur dan lauk yang ringkas untuk mak abah. Waktu kerja ku pula sering ditemani sms dari mak yang mengatakan sedihnya dengan sikap abah sekarang. Apa boleh aku lakukan? Aku sedang berusaha mencari rezeki agar satu hari nanti mereka akan hidup senang. Itu janji aku.


Pulang saje ke rumah, dengar lah segala bebelan, rungutan mak aku. yelah bukan niat dia nak bebel atau merungut. dia pun tak larat. bermulalah episod memujuk abah makan, memujuk abah mandi dan segalanya la. Tapi yang pasti dia hanya akan makan sesuap dua je makanan. Kadang-kadang rasa tak dihargai, aku tabahkan hati. Air mata ni begitu murah sejak dua menjak ni. segalanya aku rasa. sedih, marah dan kecewa. bercampur baur.


Kebetulan hari ni hari jadi abang aku yang ke 27. ye seteruk mana adik beradik kita, kita mahu yang terbaik untuk mereka. Jadi amy cakap nak makan makan kat rumah malam tadi. dia suruh aku masak mihun goreng. Sedihnya hati abah hanya makan dua suap. padahal kita makan untuk amy. malam tadi jugak air mata aku tumpah depan abah. meraung, teresak esak merayu agar abah jangan putus asa. kalau tak fikirkan anak anak, kasihanilah mak. mak mahu menumpang pada abah. tapi sekarang lain jadinya.


Tapi aku masih mampu bersyukur kerana diberikan kawan kawan yang sentiasa ada. Bila bila masa dikala aku rasa hampir putus asa, mereka tak pernah putus putus beri aku semangat dan kata kata nasihat. Sampai satu tahap aku menangis teresak esak pada mereka. Habis mahunya apa lagi? menangis di depan mak? itu tak mungkin terjadi. akan aku cuba tahan.


Demi Allah, aku takut. Siapa yang tak takut kan? Melihat pada ahli keluarga tercinta dalam keadaan ini. Jadi aku mohon agar aku diberi lebih kekuatan, tidak cengeng. Ini bukan masa untuk aku. Seluruh tenaga, jiwa dan raga aku hanya untuk mereka. Tiada lain. Abah, bertahanlah. Jangan putus asa. Banyak impian adik untuk mak dan abah. Beri adik peluang itu.





Thursday, May 06, 2010

Ups and Downs

Assalamualaikum dan Hello :) Tuan tanah kembali lagi. Kali ni dengan emosi yang melimpah ruah serta air mata yang bila bila saja boleh terjatuh kat pipi tuan tanah yang memanglah gebu.


22nd April. Lebih kurang pukul 5am. Mak kejutkan tuan tanah serta abang. Terpinga pingan dibuatnya bila mak kata abah jatuh katil. Bila masuk je bilik, betul abah kat tepi katil yang ruangnya agak sempit. Puas tuan tanah dan abang menyuruh abah bangun dan naik ke atas semula, dia tak mahu. Ditolaknya kami pula. Kadang kadang tu terdengar dia marah marah. Tapi percakapannya agak pelat.


Abah bagai tak kenal kami. Dia tolak kami sambil suruh jangan ganggu dia. Hampir setengah jam kami cuba pujuk. Sampai satu masa, tuan tanah dan ahli keluarga menangis. Tak pasti kenapa abah jadi macam tu. Oleh kerana dah puas pujuk tak juga jalan, tuan tanah dan abang terus angkat secara kasar. Bila baringkan je abah atas katil, dia jadi lembik. Terus tak berdaya. Mak terus call jiran sebelah. Memang kalau pape mak akan call dia. Lagipun dia kerja hospital. Check punya check paras gula dalam badan abah rendah. Terlampau rendah serendah 1.7 sahaja. We decided to call ambulans and they brought abah to the hospital.


Alhamdulillah abah sedar selepas 10 minit diberi gula di hospital. Tapi paling aku tak smpai hati tengok bila dia menangis. Abah tak pernah menangis. Abah orang paling kuat, paling bersabar dan paling banyak menyimpan perasaan. Rasa macam berdosa bawak dia ke hospital bila dia sememangnya takut ke hospital. Siapa yang berani duduk hospital? Siapa yang mahu? Luluh hati ni tengok Abah tak berhenti kesat air mata.


Abah kena tahan di wad. Kebetulan wad kelas pertama di hospital tu digunakan untuk denggi dan h1n1, jadi abah dimasukkan di wad kelas kedua yg dah bercampur dengan kelas ketiga. mulanya dia dapat katil extra tepi2. Masa tu hanya ada aku dan abah. Abah menangis lagi. Dia mengeluh "tapi jalan je aku tido" Sumpah kalau ikutkan hati dan perasaan ni, memang aku menangis kat situ. aku tahankan. pujuk dia. tapi nasib baik sekejap saja dia kat situ. nasib baik ade orang keluar. dapat la dia katil yang elok sikit. puas dipujuk ke private hospital. dia tak mahu.


Itu cerita 3 minggu lepas. Kini? Abah jadi fragile. Kami pula extra attention pada dia. Pada orang yang pernah mengalami situasi ni mesti faham kan? Kadang kadang aku tengok dia sihat, kadang kadang dia lemah. Suruh cuti, dia tak mahu. suruh berhenti kerja dia kata 10 bulan lagi baru nak pencen.


Hari ni badan abah panas. Tanya dia makan apa. Dia jawab nasi, buah. Ditanya buah apa. Dia cakap tembikai. Aku katalah pada dia, jangan la makan buah yang manis. Dia jawab dengan nada sedih yang betul betul buat aku nak menangis. "Habis apa je abah boleh makan?"


Tiba tiba dia menangis. Dia cakap nak tidur lama. Terus terang, aku takut. Aku bagi dia makan ubat, aku sapukan minyak, aku inject insulin untuk dia. dia cakap lagi "susahnya orang nak jaga aku" dia menangis lagi. aku hanya mampu kata "tak susah abah. janji abah ikut doktor cakap apa"


Aku tahu duit bukan segalanya. Tapi kalau aku punya duit, aku tak mahu abah kerja lagi. dia dah penat kerja menyara kami. duit boleh dicari. abah takleh diganti. mak pun tak sihat sangat. abah pula sekarang. aku? tak menyumbang apa apa. kesal.


Aku hanya mampu berdoa agar mak dan abah dipanjangkan umur. sihat sentiasa. dan aku sebagai anak diberi kesabaran yang tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. orang lain datang dan pergi. keluarga tidak.